NOVEL TING. 4 & 5

SOALAN LATIHAN NOVEL – SOALAN PERBANDINGAN

Jawapan berdasarkan novel Melunas Rindu dan Kabus Di Perbukitan

Soalan Perbandingan 1 – persamaan dan perbezaan

Catatan: – Jika bandingkan mesti ada persamaan dan perbezaan

                -50% markah jika tiada perbandingan

                – Tulis persamaan dahulu dan diikuti perbezaan

                – perlu member contoh berdasarkan dua buah novel

Soalan 1

Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan dua latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.

Jawapan a :

Persamaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel ialah latar masyarakat yang menjalani pelbagai pekerjaan. Contohnya dalam novel Melunas Rindu, Fuad, Cikgu Abas, Cikgu Zamani dan Farhana bekerja sebagai guru di SMK Seri Setia manakala Tuan Haji Samad seorang pengetua. Robert Lim pula seorang peniaga, Peter Lim pula menjadi penoreh getah pada waktu pagi dan jaga pada waktu malam. Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Mejar (B) Kamarudin merupakan bekas pegawai tentera, Tuk Batin merupakan ketua masyarakat asli, Salmah seorang pesawah di Sungai Besar. Soleh Johnson seorang penternak di New Zealand dan Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar.

Perbezaan latar  masyarakat dalam kedua-dua novel ialah latar masyarakat dalam novel Melunas Rindu kuat dengan pegangan agama manakala latar masyarakat dalam novel Kabus Di Perbukitan masyarakatnya masih longgar dan cetek dengan pegangan agama.Contoh novel  Melunas Rindu ialah penduduk kampung Danau Seberang kuat dengan pegangan agama kerana mereka  akan mengerjakan solat secara berjemaah. Fuad sering ke surau untuk solat berjemaah dan membaca Quran serta belajar muqaddam di surau. Novel Kabus Di Perbukitan ialah Melina masih longgar dan cetek dengan pegangan agama kerana dia minum arak tanpa pengetahuan ibu bapanya manakala Benny mengaku bahawa dia minum arak walaupun dilarang oleh agama Islam. Kamarudin semasa mudanya sering mengunjungi kelab malam Nirwana Night Club untuk berkaraoke dan minum arak.

Jawapan B:

Persamaan:

Masyarakat berpendidikan tinggi

Contoh: Novel Melunas Rindu – Fuad berpendidikan tinggi kerana memiliki ijazah pengurusan perniagaan dari Universiti di Amerika Syarikat

-          Farhana juga berpendidikan tinggi kerana pernah menuntut di London.

Novel Kabus Di Perbukitan – Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putera Malaysia.

-          Anne, penunut tahun dua university di Chiristchurch

-          Benny mendapat pendidikan di London dan Zain menuntut di Universiti Lincoln .

Perbezaan:

-Novel Melunas Rindu

-Masyarakat yang mengenang jasa – Fuad membalas jasa Peter Lim dan Swee Lan yang telah memeliharanya sewaktu kecil dengan membantu persekolahan anak-anak mereka

- Fuad ingin membalas jasa Pak Mail dan Mak Salmah yang menjadi keluarga angkatnya dengan membelikan mereka sebidang tanah.

Novel Kabus Di Perbukitan

-          Masyarakat yang terlibat dalam aktiviti pengganas dan militan – Mohamed Attar seorang lelaki keturunan Arab – berpandangan radikal – terlibat dalam gerakan militan Islam – cuba mengebom kasino di Pulau Sentosa.

Jawapan Lengkap:

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SOALAN 2

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua latar masa dalam setiap novel

Rangka jawapan:

Persamaan kedua-dua novel – berlaku pada waktu pagi

Novel Melunas Rindu:

-          Waktu pagi – Mak Salmah , Fuad dan Pak Mail sibuk menguruskan tanah yang baru dibeli. Mereka membersihkan tanah itu untuk menanam jagung

Novel Kabus Di Perbukitan

-          Pada pukul 6.00 pagi, Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya, dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu

Perbezaan:

Novel Melunas Rinduberlaku dalam masa sebulan

-          Sebulan Mak Salmah terlantar di hospital kerana menderita akibat kehilangan Sofia. Jiwa Mak Salmah terseksa apabila Sofia meninggal dunia

Novel Kabus Di Perbukitan berlaku dalam masa 6 bulan

-          Faridah mendapat peluang menjalani kursus orang kurang upaya di New Zealand selama 6 bulan. Pada masa inilah Faridah telah berkenalan dengan Samual Kirby Johnsons dan seterusnya telah berkahwin dan menetap di New Zealand

Jawapan lengkap:

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SOALAN PERBANDINGAN 2 – PERSAMAAN

Catatan : – Tulis persamaan sahaja  dengan mencari aspek yang sama

   -Gunakan kata kunci “persamaan” dan “kedua-dua”

Soalan 3.

Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, huraikan dua persamaan latar tempat dalam novel tersebut.

Rangka jawawapan:

Persamaan latar tempat kedua-dua novel – rumah , hospital dan Masjid

Novel Melunas Rindu

a)      Rumah Pak Mail dan Mak Salmah

-          Tempat tinggal Pak Mail, Mak Salmah, Fuad dan Sofia

-          Fuad tinggal di sini dan Fuad juga pernah membawa Farhana ke sini supaya Farhana dapat berkenalan dengan Pak Mail dan Mak Salmah

b)      Hospital Tengku Ampuan Afzan

-          Fuad tiba di hospital tersebut untuk menziarahi  ibu Farhana yang dimasukkan ke wad kerana sakit lelah

-          Ketika Fuad sampai, Farhana berada berhampiran dengan kaunter dan ibu Farhana pula sedang tidur.

c)       Masjid di Dungun

-          Ketika Fuad dan Farhana berhenti di Bandar Dungun untuk makan tengah hari, Fuad mencari masjid untuk solat

-          Fuad amat mengambil berat akan solat tetapi Farhana agak mengambil mudah tentang solat dan dia agak berat untuk bersolat terutamanya pada masa cuti sekolah

Novel Kabus Di Perbukitan

a)      Rumah Salmah yang terletak di Sungai Besar

-          Rahayu dibawa pulang oleh Kamarudin ke rumah ibunya, Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius

-          Rumah ini masih kukuh walaupun setelah 25 tahun ditinggalkan oleh Faridah.

b)      Hospital UKM

-          Tempat Rahayu ketika dirawat di wad merah jambu kerana menghidap kanser

-          Hospital itu juga menjadi tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua

-          Di sini juga Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi bawah sedar.

c)       Masjid

-          Datuk Azrul telah mengimamkan sembahyang Asar di sebuah masjid. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua dan banyak juga yang menghidap penyakit gout.

Jawapan lengkap:

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 4

Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan dua persamaan watak utama dalam novel tersebut.

Rangka jawapan:

-Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Fuad manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah Faridah.

-Persamaan watak utama – ketabahan/tabah.

-Contoh dalam novel melunas Rindu – Fuad tabah menjalani liku-liku hidup sebagai seorang saudara baru – tabah untuk ,mencari asal usul keluarganya – tabah menerima cemuhan penduduk kampung apabila dia melarikan Sofia.

-Contoh dalam novel Kabus  Di Perbukitan – Faridah tabah menghadapi kematian adik kembarnya, Rahayu akibat barah paru-paru – Dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya, Ghazali pula meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya – semua orang yang disayangi telah meninggal dunia tetapi dia masih tabah menempuh dugaan hidup.

-persamaan watak utama – penyayang

- Novel Melunas Rindu – Fuad seorang yang penyayang  – dia amat menyayangi ibunya dan berusaha untuk mencari pusara ibunya.

- Novel Kabus Di Perbukitan – Faridah amat menyayangi ibunya – sentiasa teringat akan pengorbanan ibunya membesarkannya dengan bersawah padi

Jawapan lengkap:

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

Soalan 5

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan dua persamaan nilai kemasyarakatan dalam novel tersebut.

Rangka jawapan:

-          a)Persamaan nilai kemasyarakatanmasyarakat yang bertanggungjawab

-          Novel Melunas Rindu – atas rasa tanggungjawab , Fuad membantu Peter Lim dengan menjelaskan yuran STPM Ah Soh – Fuad membuka akaun untuk Ah Soh dan Mei Li dan akan menanggung semua perbelanjaan adik-adik sepupunya.

-          Novel Kabus di Perbukitan – Faridah bertanggungjawab menjaga ibunya, Salmah yang sakit dan sentiasa bersama-sama ibunya walaupun telah bersuami.

-          b) Persamaan nilai kemasyarakatan – masyarakat yang penyayang

-          Novel Melunas Rindu – Kasih sayang Mariana terhadap anaknya Abdul Halim (Fuad) sangat dalam sehingga menyebabkan hidup Mariana menderita apabila mendapat tahu anaknya dilarikan orang.

-          Novel Kabus Di Perbukitan – Kasih sayang antara Melina dengan Benny membawa mereka ke alam perkahwinan. Malahan, Melina terus setia menunggu Benny ketika Benny melarikan diri ke Dubai

Jawapan lengkap:

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

Soalan Perbandingan 3 – Perbezaan

Catatan : – Tulis perbezaan dengan mencari aspek yang tidak sama

          -Gunakan kata kunci ‘perbezaan’ dan ‘manakala’

Soalan 6.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan perbezaan satu watak sampingan novel tersebut.

Rangka jawapan:

-          Watak sampingan – Farhana (Melunas Rindu ) dan Benny ( Kabus Di Perbukitan )

-          Perbezaan – Farhana seorang yang tegas pendirian dan menyayangi ibunya, Benny seorang yang mudah mempercayai dan terpengaruh dengan pendapat orang lain dan kurang prihatin terhap isterinya.

-          Novel Melunas Rindu – Farhana tetap mempertahankan pendirian dan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani hingga menyebabkan perang mulut berlaku – Farhana amat menyayangi ibunya dan sentiasa menjaga ibunya ketika ibunya di hospital.

-          Novel Kabus Di Perbukitan – Bennya amat mempercayai pendapat Mohamed Attar walaupun diingatkan oleh Melina tentang sifat radikal Mohamed Attar – Benny tidak prihatin akan keadaan Melina yang sarat mengandung dan meninggalkan Melina tanpa khabar berita kerana takut ditangkap polis Interpol.

Jawapan lengkap:

—————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

Soalan yang  tidak perlu membuat perbandingan

Catatan: – tidak meminta calon menulis persamaan atau perbezaan

                 -berikan jawapan dua buah novel secara berasingan.

Soalan 7

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan daripada setiap novel tersebut.

Rangka jawapan:

Melunas Rindu:

a)      Persoalan tanggungjawab terhadap keluarga

-          Robert Lim mengabaikan tanggungjawabnya setelah berkahwin dengan Mariana – Mariana hidup menderita dan gila meroyan.

b)      Persoalan perkahwinan campur dalam masyarakat

-          Robert Lim yang berbangsa Cina telah memeluk Islam untuk berkahwin dengan gadis Melayu yang bernama Mariana tetapi perkahwinan mereka menimbulkan pelbagai masalah kerana keluarga Robert Lim menentang menyebabkan Robert Lim terpaksa meninggalkan Mariana.

Kabus Di Perbukitan:

a)      Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar

-          Azrul aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar yang dinamakan “Save Our River” untuk menyelamatkan sungai yang tercemar

b)      Persoalan kerjasama masyarakat

-          Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang terjatuh ke dalam gaung melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Pasukan Senoi Praak, polis, RELA, Perhilitan, Pejabat Daerah Raub

Rangka Jawapan:

—————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————-

 

Soalan 8

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran daripada setiap novel tersebut.

Rangka jawapan:

Novel Melunas Rindu:

a)      Kita perlu rajin dan ikhlas mengerjakan perintah Tuhan

-          Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika musafir malahan Fuad rajin membaca al-Quran dan berjemaah di surau

b)      Kita perlulah tabah menerima takdir Tuhan

-          Fuad meminta Farhana menerima takdir Tuhan bahawa mereka adik beradik

c)       Kita perlu memaafkan kesalahan orang lain

-          Mak Salmah telah memaafkan kesalahan Fuad yang begitu sabar menunggu kemaafan Mak Salmah.

Novel Kabus Di Perbukitan:

a)      Kita perlulah memulihara alan semula jadi

-          Soleh Johnson dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan lading sayur demi kelestarian alam di Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mereka mahu mengusahakan pusat peranginan berkonsepkan agropelancongan.

b)      Kita mestilah berhati-hati semasa memilih kawan

-          Benny terlibat dengan kumpulan militan yang dipimpin oleh Mohamed Attar. Kepetahan Mohamed Attar berhujah memikat Benny tanpa menyedari bahawa Mohamed Attar seorang anggota kumpulan militan.

c)       Kita hendaklah mengingati asal usul kita

-          Faridah masih mengekalkan identiti bangsa Melayu walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand. Dia masih menggunakan nama Idah dan berpegang teguh kepada agama Islam dan budaya Melayu.

Jawapan lengkap:

——————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————–

SELAMAT MENJAWAB

SELAMAT BERJAYA DALAM SPM

Add a comment July 19, 2011

TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN

KAEDAH MENULIS PENDAHULUAN:

 

  1. Tulis dalam satu perenggan sahaja iaitu perenggan pertama
  2. Kata tugas dalam arahan soalan perlu ditukar dengan perkataan seerti atau setara dengannya, seperti berikut:

 

FORMULA KATA TUGAS PENDAHULUAN RUMUSAN

TEKNIK “ KUAM + S “

K

Kebaikan/ Faedah/ Kelebihan/  Manfaat/  Kepentingan/ keistimewaan 

U

Usaha/ Langkah/ Cara/ Kaedah/ Cadangan/ Tindakan 

A

Akibat/ Kesan/ Impak / Implikasi/ Natijah 

M

Masalah/ Halangan/ rintangan/ kekangan 

S

Sebab/ punca/ Faktor 
  1. Mulakan menulis pendahuluan dengan “ Petikan membincangkan ……………. “
  2. Perkara pertama dalam petikan sahaja ditulis pada bahagian pendahuluan

Contoh Soalan:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja (perkara pertama) dan kesannya kepada masyarakat.

 Contoh jawapan:

 Petikan membincangkan sebab-sebab berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.

KAEDAH MENULIS ISI TERSURAT ( ISI DALAM PETIKAN )

  1. Ditulis dalam perenggan kedua
  2. Isi tersurat ialah isi yang terdapat dalam petikan berkaitan dengan perkara pertama dalam arahan soalan.
  3. Terdapat beberapa kata kunci yang lazimnya terdapat dalam petikan bagi mencari isi tersurat iaitu:

 

  KATA TUGAS KATA KUNCI

K

Kebaikan/ faedah/ manfaat/ kelebihan/ kepentingan Dapat/ mampu/ boleh

U

Usaha/ langkah/ cara/ kaedah/ tindakan Perlu/ hendaklah/ harus mesti/ wajar/ patut

A

Akibat/ kesan/ natijah/ implikasi/ impak Akan menyebabkan/ akan mengakibatkan/ kesannya/ akibatnya/ akan mengalami

M

Masalah/ halangan/ kekangan/ rintangan Masalahnya/ halangannya/ kekangan

 

KAEDAH MENULIS ISI TERSIRAT:

 

  1. Isi tersirat ditulis dalam perenggan ketiga
  2. Isi tersirat ialah isi yang pelajar perlu fikir sendiri berdasarkan perkara kedua dalam arahan soalan
  3. Tidak boleh ambil isi daripada petikan walaupun terdapat isi berkaitan

 

 KAEDAH MENULIS PENUTUP:

  1. Mulakan ayat penutup dengan “ Kesimpulannya,…..”
  2. Ayat penutup mesti ada ayat cadangan tentang arahan soalan dan kesan cadangan / harapan daripada cadangan tersebut
  3. Ayat ini digabungkan dengan menggunakan kata hubung agar/supaya atau demi/untuk

 

Contoh penutup:

 Kesimpulannya, rakyat perlu menyokong usaha kerajaan membanteras jenayah ( ayat cadangan) demi keselamatan dan keamanan negara ( kesan cadangan )

Add a comment July 19, 2011

Hello world!

Welcome to WordPress.com. After you read this, you should delete and write your own post, with a new title above. Or hit Add New on the left (of the admin dashboard) to start a fresh post.

Here are some suggestions for your first post.

  1. You can find new ideas for what to blog about by reading the Daily Post.
  2. Add PressThis to your browser. It creates a new blog post for you about any interesting  page you read on the web.
  3. Make some changes to this page, and then hit preview on the right. You can alway preview any post or edit you before you share it to the world.

1 comment July 19, 2011

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

April 2014
M T W T F S S
« Jul    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Most Recent Posts

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.